Visi


Misi


Saturday, November 13, 2010

Majlis Perjumpaan Dengan Ibubapa Dan Menandatangani Rekod Kemajuan Murid

Pada Petang Hari Sabtu, majlis perjumpaan bersama ibubapa telah di adakan dan diteruskan dengan menandatangani rekod kemajuan murid-murid Sekolah Ugama DPS Ukong. Majlis ini di adakan adalah bertujuan untuk mengeratkan Tali Silaturrahim diantara guru-guru dengan ibubapa, disamping itu dapat memudahkan ibubapa untuk bertanya tentang pencapaian dan masalah terhadap pembelajaran anak-anak mereka. Majlis di adakan di Dewan Makan Sek. Rendah DPS Ukong.






Monday, November 8, 2010

Ceramah Motivasi Bagi Murid-Murid Darjah VI Tahun 1431H/2010M

Pada petang Isnin, telah di adakan Majlis ceramah motivasi bagi murid-murid darjah VI bertempat di dewan Sekolah Ugama Abdul Rashid Tanjong Maya. Selain murid-murid Sekolah Ugama DPS Ukong, turut menyertai ialah murid-murid dari Sekolah Ugama Penapar, S.U. Lubok Pulau, S.U.Bukit Udal, S.U.Danau dan S.U. Tutong Kem. Penceramah undangan pada petang itu ialah Cikgu Ali Yusri bin Abdul Ghafor, penceramah daripada Bahagian Kaunseling dan Bimbingan Bakat Kerja, Jabatan Sekolah-Sekolah, Kementerian Pendidikan, Negara Brunei Darussalam.


Ucapan alu-aluan Pengerusi Majlis:
Cikgu Azizah binti Hj Sahat
Guru Besar Sek Ugama Abd Rasyid Tanjong Maya

Penceramah Undangan:
Cikgu Ali Yusri bin Abdul Ghafor









SEKOLAH UGAMA DATO PEMANCHA SAGING UKONG TUTONG © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute
This template is brought to you by : allblogtools.com Blogger Templates