Visi


Misi


Friday, August 21, 2009

Selamat Menunaikan Ibadah Puasa Bulan Ramadhan 1430 Hijrah


Niat Puasa Ramadhan

SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA KEPADA SEMUA PENGUNJUNG-PENGUNJUNG BLOG INI DAN SEMOGA IBADAH PUASA KITA AKAN DITERIMA OLEH ALLAH SUBHANAHU WATAALA DARIPADA WARGA SEKOLAH UGAMA DATO PEMANCHA SAGING UKONG, TUTONG.

Thursday, August 20, 2009

Aktiviti Walkathon Dan Senam Robik

Pada petang hari Khamis 20/08/09, Sekolah Ugama DPS Ukong mengadakan aktiviti Walkathon menyusuri sekitar Kampong Ukong dan Senam Robik, aktiviti ini bertujuan untuk melatih fizikal murid-murid bagi menghadapi persiapan untuk menghadapi Puasa pada bulan Ramadhan yang jatuh pada hari Sabtu 22/08/09.

Sedikit Ucapan daripada Pemangku Guru Besar




Stretching sebelum Walkathon



Acara Walkathon












Aktiviti Senam Robik

Di Ketuai oleh Cikgu Alwi dan Cikgu Adyzam




Horeeeyyyyy!!!

Wednesday, August 19, 2009

Majlis Tahlil Dan Doa Arwah Sempena Ketibaan Bulan Ramadhan.

Pada petang Hari Rabu, Sekolah Ugama DPS Ukong mengadakan aktiviti Membaca Tahlil dan Doa Arwah di bilik ibadat sekolah. Aktiviti ini di adakan untuk memohon keberkatan bersempena dengan menyambut ketibaan bulan puasa Ramadhan yang hampir menjelang.

Bacaan Tahlil Dipimpin oleh Cikgu Adyzam








Bacaan Doa di pimpin oleh Cikgu Alwi

Friday, August 14, 2009

PERGI TAK KEMBALI




PASTINYA lirik puitis penuh sentuhan rohani di sebelah cukup kuat untuk mengingatkan kita semua kepada figura bernama Mohd. Asri Ibrahim, vokalis dan juga ketua kumpulan nasyid terkemuka, Rabbani.

Benarlah, setiap insan pasti akan merasa saat perpisahan yang terakhir kerana pada tanggal 13 Ogos 2009 lalu (semalam), kira-kira seminggu sebelum Ramadan 1430 Hijrah menjelang tiba, seluruh jiwa yang mengenali Asri bagaikan terpana dipukul halilintar.

Suasana ceria, teruja dan gembira tiba-tiba bertukar menjadi kalut dan cemas, anak kepada Robiah Ehsan, 70, yang sedang berdiri hendak memulakan sesi latihan menjelang satu majlis pelancaran di Radio Televisyen Malaysia (RTM) rebah dan nazak. Setengah jam kemudian, berita pemergiaannya diketahui umum.

Perginya Asri tanpa pesan. Tanpa ucap selamat tinggal buat semua, kepada peminat yang sentiasa menyanjungi, sahabat seperjuangan mahupun buat keluarga tercinta.

Hanya lunak suaranya yang tinggal jadi kenangan dan lagu Pergi Tak Kembali seakan-akan mendayu-dayu, merintih dalam sendu dan tangis saat kerandanya di usung menuju ke persemadian terakhir di Tanah Perkuburan Islam, Seksyen 21, Shah Alam semalam.


Dipetik dari Kosmo! Online..

Thursday, August 13, 2009

Selamat Pengantin Baru

Warga Sekolah Ugama Dato Pemancha Saging Ukong Tutong dengan penuh rasa syukur dan sukacita menyampaikan ucapan tahniah dan Selamat Pengantin Baru kepada Cikgu Hjh Nuriryani Bte Hj Muhammad Shah Al-Islam kerana melansungkan perkahwinan dengan pasangannya iaitu Noorulazman Bin Ahmad pada hari Ahad 9hb Ogos, 2009 bersamaan 19hb Syaa'ban 1430 Hijrah. Semoga ikatan perkahwinan ini akan berkekalan hingga ke akhir hayat, amin!

Antara gambar-gambar sepanjang majlis tersebut.


Bergambar ramai dengan Guru-Guru Sekolah Ugama DPS Ukong


Thursday, August 6, 2009

Majlis Membaca Surah Yassin Sempena Nisfu Syaaban

Pada Petang Hari Khamis 6hb Ogos. 2009 bersamaan dengan 15hb Syaaban, 1430H, Sekolah Ugama DPS Ukong telah mengadakan Majlis Membaca Yassin sempena Sambutan Nisfu Syaaban yang yang jatuh pada hari tersebut. Majlis pada Petang tersebut di adakan di Bilik Sembahyang Sekolah Ugama DPS Ukong. Nisfu dlm bahasa arab beerti setengah. Nisfu Syaaban beerti setengah bulan Syaaban.













Petikan dari e-malabari network:
Hari nisfu sya'aban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib, (15 Sya'aban bermula pada 14 hb sya'aban sebaik sahaja masuk maghrib)

Berikut adalah antara amal ibadah di hari Nisfu Sya'aban:

1.Solat sunat nisfu sya'aban - terdapat dua cara mengerjakan solat sunat ini

Sembahyang 100 rakaat dengan memberi salaam selepas setiap 2 rakaat. Surah Al-Ikhlas dibaca sebanyak 11 kali setelah setiap rakaat setelah membaca surah al-Fatihah

Sembahyang 10 rakaat dengan memberi salaam selepas setiap 2 rakaat. Surah Al-Ikhlas dibaca sebanyak 100 kali setelah setiap rakaat setelah membaca surah al-Fatihah

2. Membaca Yasin 3x selepas solat Maghribnya

i) Yasin pertama : mohon dipanjangkan umur untuk beribadat kepada Allah

ii) Yasin kedua : mohon rezeki yang halal untuk beribadat kepada Allah

iii) Yasin ketiga : mohon ditetapkan iman dan Islam & mati di dalam iman


3. Berpuasa pada siangnya (mulai pagi esoknya-15 Syaaban)

SEKOLAH UGAMA DATO PEMANCHA SAGING UKONG TUTONG © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute
This template is brought to you by : allblogtools.com Blogger Templates