Visi


Misi


Wednesday, September 30, 2009

Majlis Membaca Yassin dan Tahlil Sempena Bermula Persekolahan Penggal Ke Empat dan Sempena Hari Guru

Pada petang Hari Selasa 29hb September, 2009, di adakan majlis membaca Yassin sempena bermulanya persekolah bagi penggal ke empat dan seterusnya membaca Tahlil arwah sempena hari Guru khusus kepada guru-guru yang telah kembali kerahmatullah. Majlis di adakan di Bilik Ibadat Sekolah Ugama DPS Ukong.











Sunday, September 20, 2009

Selamat Hari Raya Aidil Fitri Tahun 1430 Hijrah



Mata kadang salah melihat....
Mulut kadang salah berucap....
Hati kadang salah menduga.....
Maafkan segala kesilapan yang pasti ada....

Salam di hulur..
Maaf di pinta...

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN
KULLU 'AM WA ANTUM BI KHAIR
KEPADA SEMUA PENGUNJUNG-PENGUNJUNG BLOG INI DAN SEMUA MUSLIMIN DAN MUSLIMAT DI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM.

DENGAN INGATAN TULUS IKHLAS DARIPADA:
GURU-GURU SEKOLAH UGAMA DATO PEMANCHA SAGING UKONG, TUTONG.

Wednesday, September 16, 2009

Guru-Guru Berbuka Puasa Bersama

Pada petang tadi, Guru-Guru Sekolah Ugama DPS Ukong berkesempatan berbuka puasa bersama-sama di salah sebuah Restoran di Daerah Tutong. Kesempatan ini di gunakan oleh Guru-Guru untuk mengeratkan tali silaturrahim di antara Guru-Guru dan keluarga Guru-Guru.






Bekas Guru Besar Cikgu Ermadini juga hadir untuk berbuka Puasa bersama-sama

Pmk. Guru Besar bersama keluarga

Thursday, September 10, 2009

Membersihkan Tanah Perkuburan Islam Dan Bacaan Tahlil Sempena Bulan Ramadhan

Pada petang tadi, warga Sekolah Ugama DPS Ukong terdiri daripada Guru-Guru dan murid-murid Darjah 4,5 dan 6 telah membuat kerja-kerja amal berkebajikan sempena bulan yang mulia bulan Ramadhan iaitu membersihkan tanah perkuburan Islam Rumpau yang terletak di Kampung Bukit, Tutong.










Menjirus air asah-asahan






Bacaan Tahlil




Bergambar ramai sebelum balik

Monday, September 7, 2009

Nuzul Al-Quran

Peristiwa nuzul al-Quran menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi SAW hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini. Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad SAW. Perkataan ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.


‘Al-Quran’ bererti bacaan atau himpunan. Di dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, sains, teknologi dan sebagainya. Kalimah al-Quran, sering dicantumkan dengan rangkai kata ‘al-Quran mukjizat akhir zaman’ atau ‘al-Quran yang mempunyai mukjizat’. Malah inilah sebenarnya kelebihan al-Quran tidak ada satu perkara pun yang dicuaikan atau tertinggal di dalam al-Quran. Dengan lain perkataan segalanya terdapat di dalam al-Quran. Firman Allah:


Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan). (Al-An’am:38)


Al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.


Dalam sejarah kehidupan Nabi SAW ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibrail ialah lima ayat pertama daripada surah Al-‘Alaq. maksudnya:


”Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” (al-‘alaq:1-5)


Gua Hira, tempat turunnya wahyu Pertama.


Hubungan Lailatul Qadar dan Nuzul al-Quran


Lailatul Qadar pula ialah suatu malam pada bulan Ramadhan yang begitu istimewa sekali fadilatnya. Malam al-Qadar adalah suatu malam yang biasanya berlaku pada 10 akhir Ramadhan dan amalan pada malam itu lebih baik baik dari 1000 bulan.


Apakah kaitannya malam al-Qadar dengan nuzul al-Quran? Sebenarnya al-Quran dan malam Lailatulqadar mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain sebagaimana yang diterangkan di dalam kitab Allah dan hadis Rasulullah SAW di antaranya firman Allah SWT:



Mengikut satu pandangan, ayat ini diturunkan berdasarkan satu riwayat dari Ali bin Aurah, pada satu hari Rasulullah SAW telah menyebut 4 orang Bani Israel yang telah beribadah kepada Allah selama 80 tahun. Mereka sedikit pun tidak derhaka kepada Allah, lalu para sahabat kagum dengan perbuatan mereka itu. Jibril datang memberitahu kepada Rasulullah SAW menyatakan bahawa Allah SWT menurunkan yang lebih baik dari amalan mereka. Jibril pun membaca surah al-Qadar dan Jibril berkata kepada Rasulullah ayat ini lebih baik daripada apa yang engkau kagumkan ini menjadikan Rasulullah SAW dan para sahabat amat gembira.


Dalam hadis yang lain Aishah juga meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda bersedialah dengan bersungguh-sungguh untuk menemui malam Lailatul qadar pada malam-malam yang ganjil dalam 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan.

SELAMAT MENYAMBUT NUZUL AL-QURAN KEPADA PENGUNJUNG-PENGUNJUNG BLOG INI DARIPADA GURU-GURU SEKOLAH UGAMA DATO PEMANCHA SAGING UKONG, TUTONG.

Thursday, September 3, 2009

Majlis Berbuka Puasa Dan Solat Terawih Berjemaah

Pada Hari Khamis 3hb September, 2009 bersamaan dengan 13 Ramadhan, 1430 Hijrah, telah di adakan Majlis Berbuka Puasa di antara warga Sekolah Ugama DPS Ukong bersama-sama dengan ibubapa/penjaga murid-murid dan penduduk-penduduk Kg Ukong, majlis di adakan di dewan Sekolah rendah DPS Ukong. Seterusnya Solat Maghrib, Isya Dan Terawih berjemaah di adakan di Bilik Ibadat Sekolah Ugama DPS Ukong. Adapun tujuan majlis ini di adakan adalah untuk mengerat hubungan Silaturrahim di antara Guru-Guru Sekolah Ugama DPS Ukong dengan ibubapa/penjaga murid-murid dan penduduk-penduduk Kg Ukong.

Diantara penjaga murid-murid


Sungkai..

Ketua Kg Ukong sebelah kiri



Pmk. Guru Besar


Menunaikan solat Fardhu Maghrib di imamkan oleh Cikgu Muhammad Zulhilmi





Menyambung makan berat







Guru-Guru Sek. Ugama DPS Ukong


Azan Isya di laungkan oleh salah seorang Penduduk Kg Ukong

Solat Fardhu Isya di imamkan oleh Cikgu Alwi
Ketua Kg Ukong bersama-sama dengan penduduk Kg menyertai solat berjemaah



Cikgu Adyzam menjadi bilal bagi Solat Terawih berjemaah

Solat Terawih di imamkan oleh Cikgu Alwi




Menjamu selera selepas Solat Terawih

SEKOLAH UGAMA DATO PEMANCHA SAGING UKONG TUTONG © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute
This template is brought to you by : allblogtools.com Blogger Templates