Visi


Misi


Tuesday, November 17, 2009

Majlis Penyampaian Hadiah Pelajar Terbaik

Pada petang Selasa 17hb November 2009, telah di adakan majlis penyampaian hadiah bagi pelajar-pelajar terbaik yang mendapat keputusan baik didalam peperiksaan akhir tahun yang lalu bagi darjah pra hingga darjah lima. Majlis berlangsung di Bilik Ibadat Sekolah Ugama DPS Ukong.



Hadiah di sampaikan oleh Pmk. Guru Besar








Untuk memberkati majlis, doa selamat di baca oleh Cikgu Alwi

Monday, November 16, 2009

Lawatan Ke DST Headquarter Tungku Link

Pada petang Isnin 16hb november 2009, Guru-guru dan murid-murid Sekolah Ugama DPS Ukong berpeluang melawat ke DST Headquarter yang terletak di Tungku Link. Murid-murid yang menyertai lawatan terdiri daripada murid-murid Darjah Pra hingga Darjah 5.



Mula Memasuki bangunan DST disambut oleh Pihak DST



Warga Sekolah diberi Penerangan Ringkas mengenai DST




Guru-Guru menerima cenderamata dari pihak DST

Menaiki Lif 'Transparent'

Meninjau pemandangan di Tingkat Atas Bangunan DST





Melawat ke Perkhidmatan DST Care 151




Melawat Ke Studio Kristal FM

2 orang murid berpeluang di temubual oleh Dj Daffy secara lansung 'On Air'


Bergambar ramai dengan Dj Daffy dan Dj Sasha



Sebelum pulang Warga Sekolah menikmati jamuan yang telah disediakan oleh Pihak DST

Saturday, November 14, 2009

Majlis Perjumpaan Dengan Ibubapa Dan Menandatangani Rekod Kemajuan Murid

Pada Petang Hari Sabtu, majlis perjumpaan bersama ibubapa telah di adakan dan diteruskan dengan menandatangani rekod kemajuan murid-murid Sekolah Ugama DPS Ukong. Majlis ini di adakan adalah bertujuan untuk mengeratkan Tali Silaturrahim diantara guru-guru dengan ibubapa, disamping itu dapat memudahkan ibubapa untuk bertanya tentang pencapaian dan masalah terhadap pembelajaran anak-anak mereka. Majlis di adakan di Dewan Makan Sek. Rendah DPS Ukong.


Cikgu Adyzam menunjukkan pencapaian anak mereka kepada salah seorang bapa murid

Salah seorang ibu murid mendengar penjelasan Cikgu Muhammad Zulhilmi tentang pencapaian anaknya

Cikgu Aziemahtul Filzah menerangkan pencapaian murid kepada ibunya

Salah seorang ibu menandatangani rekod kemajuan murid setelah mendengar penjelasan daripada Cikgu Alwi

Pmk. Guru Besar, Cikgu Hjh Nuraqilah juga berada di dewan bagi memudahkan ibubapa untuk berjumpa sekiranya terdapat sebarang masalah










Thursday, November 12, 2009

Ekspedisi Ke Wasai Sungai Burong & Bedanu

Salah satu aktiviti sekolah sempena berakhirnya peperiksaan akhir tahun, warga Sekolah Ugama DPS Ukong mengadakan ekspedisi ke dua buah wasai yang terletak di kampung Kiudang Tutong iaitu Wasai Sungai Burong atau Wasai Batu Mapan dan Wasai Bedanu.

Wasai Burong / Wasai Batu Mapan





Memasuki Taman Rekreasi Wasai Bedanu





Wasai Bedanu




Tuesday, November 10, 2009

Treasure Hunt

Pada petang selasa, murid-murid Sekolah Ugama DPS Ukong berpeluang bermain satu permainan yang di namakan 'Treasure Hunt' atau pun dalam bahasa melayu mencari barang. Permainan ini adalah salah satu daripada aktiviti murid-murid selepas berakhirnya peperiksaan akhir tahun.

Murid-murid di bahagikan kepada 5 kumpulan dan setiap kumpulan di berikan 10 soalan. Setiap murid mestilah bersama memikirkan jawapan bagi setiap soalan, dan apabila mendapat jawapannya murid-murid hendaklah mencari barang-barang yang di maksudkan dan mengambil gambar barang-barang tersebut. Permainan ini bertujuan untuk menguji akal fikiran murid-murid dalam menjawab soalan kerana "Akal Yang Sihat Datang Dari Badan Yang Sihat".


Murid-murid mendengar penerangan permainan daripada Cikgu Adyzam dan Cikgu Alwi



Murid-murid memulakan "Treasure Hunt"










Memeriksa Jawapan dan Gambar-gambar yang di terima daripada murid-murid

Khusyuk nyeee...
SEKOLAH UGAMA DATO PEMANCHA SAGING UKONG TUTONG © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute
This template is brought to you by : allblogtools.com Blogger Templates