Visi


Misi


Sunday, November 18, 2012

Majlis Tiga Dalam Satu

Pada petang Sabtu, Sekolah Ugama DPS Ukong mengadakan majlis 3 dalam 1 iaitu Majlis Penyampaian Sijil Peperiksaan SSRU Tahun 2011, Majlis Penyampaian Hadiah Pelajar Terbaik Peperiksaan Akhir Tahun dan Majlis Perpisahan bagi Guru yang betukar ke Sekolah Lain. Majlis diadakan di Dewan Makan Sekolah Rendah DPS Ukong.







Penyampaian Sijil Kepada Yang Lulus Peperiksaan SSRU Tahun 2011

Penyampaian Hadiah Pelajar Terbaik Peperiksaan Akhir Tahun 2012


Penyampaian Cenderamata Kepada Cikgu Nur Mimi Elzisha Yang Bertukar Ke Sekolah Lain

 

Saturday, November 17, 2012

Majlis Khatam Al-Quran Murid-Murid Darjah 6 Tahun 2012M.

Majlis Khatam Al-Quran Gabungan Sek Ugama Tanjong Maya, Sek Ugama Penapar, Sek Ugama Lubok Pulau, Sek Ugama Bukit Udal dan Sek Ugama DPS Ukong, Tutong.

Tarikh :  23 Zulhijjah, 1433H / 8hb November, 2012M
Hari    :  Khamis
Tempat: Dewan Sekolah Rendah Penapar
Tetamu Khas : Dayang Asmah binti Hj Baha
                      Isteri Penghulu Mukim Tanjong Maya
















Thursday, September 13, 2012

Sambutan Hari Raya Aidil Fitri 1433 Hijrah

Pada petang hari Khamis 30hb Ogos, 2012, Sekolah Ugama DPS Ukong telah mengadakan Majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri. Juga diadakan ialah pertandingan lagu-lagu raya diantara kelas-kelas. Majlis di adakan didewan makan sekolah rendah DPS Ukong

 


 









 

Sunday, June 24, 2012

Majlis Perjumpaan Dengan Ibubapa Dan Menandatangani Rekod Kemajuan Murid

Pada Petang Hari Sabtu, majlis perjumpaan bersama ibubapa telah di adakan dan diteruskan dengan menandatangani rekod kemajuan bagi murid-murid darjah Pra hingga Enam Sekolah Ugama DPS Ukong. Majlis ini di adakan adalah bertujuan untuk mengeratkan Tali Silaturrahim diantara guru-guru dengan ibubapa, disamping itu dapat memudahkan ibubapa untuk bertanya tentang pencapaian dan masalah terhadap pembelajaran anak-anak mereka. Majlis di adakan di Dewan Makan Sek. Rendah DPS Ukong.









Saturday, June 9, 2012

Sukan Ria Selepas Peperiksaan Setengah Tahun 1433H/2012M

Sekolah Ugama DPS Ukong telah mengadakan Sukan selepas peperiksaan setengah tahun. Ia diadakan selama tiga hari. Hari pertama diadakan permainan dalam (indoor) dan hari kedua dan ketiga permainan luar (Outdoor). Diantara sukan-sukannya ialah permainan Snake & Ladder, Home, Dam, Lari berganti-ganti, membawa bola pingpong, musical chair, bowling kelapa dan bermacam-macam lagi. Murid-murid dan guru-guru dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan BIRU dan MERAH. Pemenang sukan ini ialah Kumpulan BIRU. Acara sukan dibahagikan mengikut kategori iaitu:

Kategori A: 7-8 Tahun
Kategori B: 9-10 Tahun
Kategori C: 11 Tahun keatas

































Juara Kumpulan BIRU

Naib Juara Kumpulan MERAH
SEKOLAH UGAMA DATO PEMANCHA SAGING UKONG TUTONG © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute
This template is brought to you by : allblogtools.com Blogger Templates