Visi


Misi


Wednesday, February 24, 2010

Majlis Sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam

Pada petang hari Rabu 24hb Febuari, 2010. warga sekolah mengadakan majlis sambutan hari kebangsaan Negara Brunei Darussalam. Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah beramai-ramai, kemudian sedikit ucapan daripada Pemangku Guru Besar. Setelah itu semua warga sekolah menyanyikan lagu kebangsaan Negara Brunei Darussalam beramai-ramai dengan penuh semangat. Setelah itu, murid-murid membuat simbol yang berbentuk angka "26" sebagai tanda sudah dua puluh enam tahun Negara Brunei Darussalam merdeka.





Simbol 26 tahun merdeka



Tuesday, February 23, 2010

Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam


Tema Hari Kebangsaan:

NEGARAKU BRUNEI DARUSSALAM

Tema ini menekankan raya kepunyaan rakyat terhadap negara di samping memperlihatkan suatu pengakuan bahawa Negara Brunei Darussalam adalah negara kita. Raya kepunyaan terhadap negara merangkumi seluruh yang berhubung dengan negara termasuklah pemimpinnya, kerajaannya, perlembangaannya, undang-undangnya, warisan budayanya, khazanahnya dan falsafahnya. Oleh itu, dengan pengakuan bahawa negara ini adalah negara kita, dan setiap milik negara ini kita rasakan milik kita juga, maka adalah menjadi tanggung jawab kita semua sebagai rakyat negara ini untuk:




a) mentaati raja
b) mengamalkan ajaran Islam sebagai cara hidup
c) memelihara warisan budaya bangsa
d) memlihara dan mempertahankan kedaulatan
e) menghormati perlembagaan
f) mematuhi undang-undang
g) memlihara kestabilan politik
h) meningkatkan kemajuan ekonomi
i) meningkatkan taraf sosial penduduk
j) menjaga maruah
k) menjaga imej
l) mengamalkan dan menghayati falsafah
m) menjaga keamanan dan kesejahteraan
n) mengekalkan kesepaduan dan keharmonian




Tema ini mengajak semua rakyat negara ini tanpa mengira umur, keturunan, pangkat, bangsa dan agama bagi sama-sama menunaikan tanggung jawab di atas agar negara ini akan sentiasa aman, sejahtera dan makmur serta kekal sebagai sebuah negara Melayu Islam Beraja.

-Petikan dari laman web Hari kebangsaan

Monday, February 22, 2010

Majlis Membaca Yassin Dan Doa Kesyukuran Sempena Sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam

Pada petang Isnin 22hb Febuari 2010, warga Sekolah Ugama DPS Ukong mengadakan majlis membaca Yassin dan membaca doa kesyukuran bersempena dengan sambutan hari kebangsaan Negara Brunei Darussalam kali yg ke dua puluh enam. Majlis di adakan di bilik sembahyang Sekolah ini.

Bacaan Yassin diketuai oleh Cikgu Alwi





Doa kesyukuran dibaca oleh Cikgu Muhammad Zulhilmi



SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM KALI KE-26 KEPADA SEMUA PENGUNJUNG-PENGUNJUNG BLOG INI DARIPADA WARGA SEKOLAH UGAMA DATO PEMANCHA SAGING UKONG, TUTONG.

Thursday, February 18, 2010

Majlis Pembukaan Dikir Maulud

Pada Hari Khamis 18.2.2010, Warga Sekolah Ugama DPS Ukong iaitu Guru-guru dan murid-murid dari Darjah Pra hingga Darjah Enam telah mengadakan Majlis pembukaan dikir Syarafil Anam bersempena dengan sambutan Hari kelahiran Junjungan Besar Nabi Muhammad Sallallahu Alahi Wassalam pada setiap 12 Rabi'ul Awal. Majlis diadakan di bilik ibadat sekolah ini.

Dikir di ketuai oleh Cikgu Muhammad Zulhilmi




Tuesday, February 2, 2010

Keputusan Peperiksaan SSRU

Keputusan Peperiksaan Sijil Sekolah-Sekolah Rendah Ugama (SSRU) bagi Darjah VI telah pun dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan Pelajaran Ugama Negara Brunei Darussalam. Sehubungan dengan itu, pihak Sekolah mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada murid-murid yang lulus peperiksaan SSRU. Semoga murid-murid akan sentiasa berjaya di masa akan datang.


SEKOLAH UGAMA DATO PEMANCHA SAGING UKONG TUTONG © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute
This template is brought to you by : allblogtools.com Blogger Templates