Visi


Misi


Sunday, June 24, 2012

Majlis Perjumpaan Dengan Ibubapa Dan Menandatangani Rekod Kemajuan Murid

Pada Petang Hari Sabtu, majlis perjumpaan bersama ibubapa telah di adakan dan diteruskan dengan menandatangani rekod kemajuan bagi murid-murid darjah Pra hingga Enam Sekolah Ugama DPS Ukong. Majlis ini di adakan adalah bertujuan untuk mengeratkan Tali Silaturrahim diantara guru-guru dengan ibubapa, disamping itu dapat memudahkan ibubapa untuk bertanya tentang pencapaian dan masalah terhadap pembelajaran anak-anak mereka. Majlis di adakan di Dewan Makan Sek. Rendah DPS Ukong.









Saturday, June 9, 2012

Sukan Ria Selepas Peperiksaan Setengah Tahun 1433H/2012M

Sekolah Ugama DPS Ukong telah mengadakan Sukan selepas peperiksaan setengah tahun. Ia diadakan selama tiga hari. Hari pertama diadakan permainan dalam (indoor) dan hari kedua dan ketiga permainan luar (Outdoor). Diantara sukan-sukannya ialah permainan Snake & Ladder, Home, Dam, Lari berganti-ganti, membawa bola pingpong, musical chair, bowling kelapa dan bermacam-macam lagi. Murid-murid dan guru-guru dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan BIRU dan MERAH. Pemenang sukan ini ialah Kumpulan BIRU. Acara sukan dibahagikan mengikut kategori iaitu:

Kategori A: 7-8 Tahun
Kategori B: 9-10 Tahun
Kategori C: 11 Tahun keatas

































Juara Kumpulan BIRU

Naib Juara Kumpulan MERAH
SEKOLAH UGAMA DATO PEMANCHA SAGING UKONG TUTONG © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute
This template is brought to you by : allblogtools.com Blogger Templates