Visi


Misi


Saturday, November 19, 2011

Majlis Perjumpaan Dengan Ibubapa Dan Menandatangani Rekod Kemajuan Murid

Pada Petang Hari Sabtu, majlis perjumpaan bersama ibubapa telah di adakan dan diteruskan dengan menandatangani rekod kemajuan bagi murid-murid darjah Pra hingga Lima Sekolah Ugama DPS Ukong. Majlis ini di adakan adalah bertujuan untuk mengeratkan Tali Silaturrahim diantara guru-guru dengan ibubapa, disamping itu dapat memudahkan ibubapa untuk bertanya tentang pencapaian dan masalah terhadap pembelajaran anak-anak mereka. Majlis di adakan di Dewan Makan Sek. Rendah DPS Ukong.






Wednesday, October 12, 2011

Majlis Khatam Al-Quran

Pada Hari Jumaat 8hb Zulkaedah 1432H bersamaan 7hb Oktober, 2011, telah diadakan Majlis Khatam Al-Quran Murid-Murid Darjah VI Gabungan Sekolah Ugama DPS Ukong, Sek. Ugama Abdul Rasyid Tanjong Maya, Sek. Ugama Penapar, Sek Ugama Lubok Pulau, Sek Ugama Bukit Udal, Sek Ugama Danau dan Sek Ugama Kg Bukit. Seramai 55 0rang murid menyertai Majlis ini. Majlis berlangsung bertempat di Dewan Seri Kenangan Tutong. Hadir selaku Tetamu Kehormat ialah Ustaz Haji Harun bin Haji Junid, Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Ugama.






Wednesday, September 28, 2011

Sambutan Hari Guru dan Penyampaian Sijil Peperiksaan SSSRU 2010

Pada petang hari Rabu, Sekolah Ugama DPS Ukong telah mengadakan majlis 2 dalam 1 iaitu Majlis Sambutan Hari Guru dan penyampaian sijil bagi murid-murid yang menduduki peperiksaan SSRU tahun 2010. Juga diadakan ialah persembahan lagu-lagu hari guru diantara kelas-kelas. Majlis di adakan didewan makan sekolah rendah DPS Ukong.



Ucapan alu-aluan dari Guru Besar

Persembahan gabungan darjah Pra & 1 dengan lagu "Hari pertama masuk sekolah"


Persembahan gabungan Darjah 2 & 3 dengan lagu "Jasamu Terpatri"

Persembahan gabungan Darjah 4, 5 & 6 dengan koir "Guru Oh Guru"


Penyampaian Sijil SSRU:
Ak Zul Helmi bin Pg Metussin

Mohd Farhan bin Hj Mohd Dahare

Dk Idayanti bte Pg Metussin

Nurhamizah binti Md Hakimi
Masrullyani bte Mohd Khairul

Nur Qahirah Qamarina bte Abdullah

Nursyazafirah bte Md Zaini Azzam

Nurul Rafiah Athirah bte Md Rafie Zulhilmi

Penerima Pelajar Cemerlang:
Masrullyani binti Md Khairul

Errrrr... (^_^')



Saturday, September 17, 2011

Sambutan Hari Raya Dan Penyampaian Derma Anak Yatim

Pada petang hari Sabtu, Sekolah Ugama DPS Ukong telah mengadakan majlis 2 dalam 1 iaitu Majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri dan penyampaian derma bagi salah seorang murid yang baru sahaja kehilangan ayahnya. Juga diadakan ialah pertandingan lagu-lagu raya diantara kelas-kelas. Majlis di adakan didewan makan sekolah rendah DPS Ukong.



ucapan alu-aluan daripada Guru Besar

Pertandingan lagu-lagu raya







Penyampaian derma kepada anak yatim iaitu Nurfaezura binti Jalani




Saturday, August 6, 2011

Imbasan Kenangan Majlis Khatam Al-Quran Kali Pertama

Tiga tahun lepas, pada hari Khamis 7hb Ogos 2008 bersamaan dengan 5hb Sya'ban 1429H, Sekolah Ugama DPS Ukong buat julung-julung kalinya telah mengadakan Majlis Khatam Al-Quran buat kali pertamanya. Majlis di adakan di dewan Sek. Rendah DPS Ukong. Hadir selaku Tetamu Khas pada petang itu ialah Ustaz Haji Mohammad bin Garing, pada ketika itu jawatan beliau ialah Pemangku Penolong Pengarah Pusat Dakwah Islamiah KHEU (sekarang Ketua Bahagian Kemajuan Syiar Islam, KHEU). Guru Besar Sek Ugama DPS Ukong pada ketika itu ialah Cikgu Ermadini bin Jailani. Seramai 11 orang murid telah menamatkan bacaan 30 Juzu' Al-Quran mereka iaitu 10 orang murid lelaki dan 1 orang murid perempuan.





















SEKOLAH UGAMA DATO PEMANCHA SAGING UKONG TUTONG © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute
This template is brought to you by : allblogtools.com Blogger Templates