Visi


Misi


Saturday, April 10, 2010

Majlis Membaca Yassin Dan Tahlil

Pada petang hari Sabtu, 10hb April, 2010. Warga Sekolah Ugama DPS Ukong telah mengadakan majlis membaca yassin Dan Tahlil arwah khusus di tujukan kepada Allahyarham Muhammad Hafizuddin Bin Mohammad Jamal, iaitu bekas murid Sekolah ini. Majlis di adakan di Bilik sembahyang Sekolah Ugama DPS Ukong.


Bacaan Yassin diketuai oleh Cikgu Alwi



Bacaan Tahlil diketuai oleh Cikgu Md Zulhilmi

Bacaan Doa dibaca oleh Cikgu Alwi

Sumbangan/sedekah daripada keluarga Allahyarham


Semoga Rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman,
AMIN.

Wednesday, March 17, 2010

Lawatan Ke Perusahaan Kilang Sagu Kg Ukong

Pada Hari Rabu 17.3.2010, Warga Sekolah Ugama DPS Ukong berkesempatan melawat ke satu-satunya kilang yang terletak di kampung Ukong ini iaitu kilang Sagu yang terletak berhampiran Sekolah Ugama DPS Ukong. Lawatan ini bertujuan untuk menambah ilmu pengetahuan murid-murid dan juga untuk mengetahui bagaimana cara memproses sagu untuk dijadikan ambulung. Seramai kira-kira 60 orang murid dan 7 orang guru pengawas menyertai lawatan ini.




Pekerja kilang menunjukkan cara membuka kulit rumbia

Murid mencuba sendiri membuka kulit rumbia
membawa masuk rumbia yang sudah di buang kulit

Rumbia di potong-potong untuk dimasukkan kedalam mesin


Guru mencuba sendiri memasukkan rumbia kedalam mesin
murid juga mencuba memasukkan kedalam mesin

Pengurus Kilang menunjukkan sagu yang sedang dalam proses menjadi ambulung



Ambulung yang dalam proses pembungkusan

Murid-murid membantu memasukkan label kedalam bungkusan ambulung


Pengurus kilang menunjukkan cara-cara menumpah ambuyat

Murid-murid mencuba ambuyat yang ditumpah oleh Pengurus kilang

Pmk Guru Besar menyampaikan sijil penghargaan kepada Pengurus Kilang Sagu iaitu Awg. Yong Ming Leong

Bergambar ramai sebelum pulang

Tuesday, March 16, 2010

Program Mempromosi Kesihatan

Pada petang hari selasa 16/3/2010, warga Sekolah Ugama DPS Ukong telah mengadakan satu program iaitu program mempromosi kesihatan. Program ini bertujuan untuk meningkatkan lagi kesedaran murid-murid didalam menjaga kesihatan diri masing-masing sama ada ketika berada di sekolah atau pun d luar sekolah. Antara aktiviti yang di jalan kan ialah peraduan mewarna dan melukis poster. Melukis poster adalah mengenai dengan kehidupan manusia iaitu larangan merokok, dadah, alam sekitar dan makanan yang menyihatkan. Murid-murid dibahagikan kepada tiga kategori:
1- Kategori 'A' (Mewarna): Murid darjah Pra dan Satu.
2- Kategori 'B' (Mewarna): Murid darjah Dua dan tiga.
3- Kategori 'C' (Melukis Poster): Murid darjah 4, 5 dan 6.

Sedikit taklimat daripada Pmk Guru Besar mengenai program ini

Peraduan di jalankan





Sessi Penghakiman


Pemenang Bagi Kategori 'A'


Pemenang Bagi Kategori 'B'



Pemenang Bagi Kategori 'C'


Monday, March 15, 2010

Lawatan Ke Jabatan Penjara Jerudong

Pada Petang Hari Isnin 15hb Mac 2010. Warga Sekolah Ugama DPS Ukong berkesempatan membuat lawatan sambil belajar ke Jabatan Penjara Di Kg Jerudong. Adapun tujuan lawatan ini adalah untuk menambah ilmu pengetahuan murid-murid dan memberi kefahaman dengan lebih mendalam lagi tentang undang-undang Negara brunei Darussalam. Seramai kira-kira 20 orang murid dan 7 orang guru pengawas menyertai lawatan ini.




Taklimat disampaikan oleh Sarjan Awg Roslan






Penerangan mengenai hukuman sebatan

Demonstrasi Hukuman Sebat

Wakil daripada Guru mencuba hukuman sebat

wakil daripada murid

Seterusnya melawat ke Galeri Jabatan Penjara
(kamera tidak dibenarkan)

Pmk Guru Besar menandatangani buku lawatan

SEKOLAH UGAMA DATO PEMANCHA SAGING UKONG TUTONG © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute
This template is brought to you by : allblogtools.com Blogger Templates