Visi


Misi


Tuesday, July 14, 2009

Sejarah Penubuhan Sekolah Ugama DPS Ukong Tutong

Pada 14hb Januari 1993, Hari Khamis, jam 2.00 Petang, bermulalah sejarah penubuhan Sekolah Ugama Dato Pemancha Saging Ukong Tutong dengan menggunakan bangunan Sekolah Rendah Dato Pemancha Saging Ukong dengan penerimaan murid-murid pertama seramai 58 orang, iaitu 5 orang daripadanya murid-murid saudara baru (muallaf) dan 53 orang lagi belum berugama Islam.

Majlis pelancaran rasmi Sekolah Ugama Dato Pemancha Saging Ukong ini telah disempurnakan pada Hari Ahad 18hb Zulhijjah 1414 Hijrah bersamaan 29hb Mei 1994 iaitu sempena Sambutan Hari Raya Aidil Adha Tahun 1414 Hijrah yang dikendalikan bersama Jabatan Pengajian Islam, Bahagian Dakwah Dan Tabligh daerah Tutong dan Sekolah Rendah Dato Pemancha Saging Ukong Tutong oleh Yang Mulia Awang Adnan Bin Hj Hanafiah (sekarang Dato Paduka Awang Haji Adnan Bin Hj Hanafiah) Pegawai daerah Tutong pada ketika itu.



0 comments:

Post a Comment

SEKOLAH UGAMA DATO PEMANCHA SAGING UKONG TUTONG © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute
This template is brought to you by : allblogtools.com Blogger Templates