Visi


Misi


Wednesday, October 7, 2009

Akhbar 06/10/2009

Media Permata 06/10/2009

Borneo Bulletin 06/10/2009


Dari Akhbar Online:


Sekolah pedalaman tidak ketinggalan raikan Aidilfitri

Oleh NAJ


TUTONG, Isnin - Kedudukan sekolah yang jauh di pedalaman tidak menghalang guru-guru dan murid-muridnya meraikan sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Para guru dan murid Sekolah Ugama DPS Ukong, Tutong semalam meraikan suasana hari raya dalam satu majlis penuh meriah yang berlangsung di dewan serba guna sekolah berkenaan.


Majlis dimulakan dengan bacaan surah al-Fatihah diikuti dengan persembahan nyanyian oleh murid-murid sekolah.


Beberapa orang murid turut memperlihatkan kebolehan mereka dalam mendendangkan lagu-lagu bertemakan hari raya.


Majlis sambutan Hari raya ini diadakan bagi mengeratkan lagi hubungan baik di antara warga sekolah.


Majlis itu juga bertujuan memberi peluang kepada warga sekolah untuk sama-sama menikmati suasana hari raya sambil bermaaf-maafan sesama mereka sendiri. Majlis diakhiri dengan menikmati jamuan hari raya.




Aidilfitri celebration at DPS Ukong Religious School

By NAJ

DPS Ukong Religious School in the Tutong District held a Hari Raya Aidilfitri celebration recently at the school's multipurpose hall. The event started with the recital of surah al-fatihah and Hari Raya greetings from the school's teachers and students.

In light of the Raya celebration, the school also organised an "open class" where the headmistress, teaching staff and employees of the school visited every class and exchanged greetings with the students and enjoyed refreshments served.


-Terima kasih kepada 'NAJ' kerana mengongsikan aktiviti yang di adakan di Sekolah Ugama DPS Ukong kepada media massa.

0 comments:

Post a Comment

SEKOLAH UGAMA DATO PEMANCHA SAGING UKONG TUTONG © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute
This template is brought to you by : allblogtools.com Blogger Templates