Visi


Misi


Monday, November 9, 2009

Riadah Ke Taman Warisan Tasek Merimbun

Pada Petang Isnin, 9hb November 2009, murid-murid Sekolah ini berkesempatan membuat lawatan sambil beriadah ke Taman Warisan Tasek Merimbun. Taman Warisan Tasek Merimbun terletak di Mukim Rambai Daerah Tutong, 24km dari Pekan Tutong.

Taman Warisan Tasek Merimbun merupakan yang terbesar di Negara Brunei Darussalam. Taman ini mengandungi dua buah tasik yang bergabung melalui sebatang anak sungai. Air tasik ini bewarna hitam kerana airnya mengalir melalui hutan paya. Sungai ini dikenali dengan nama sungai meluncur. Keluasan permukaan 2 buah tasik ini adalah kira-kira 100 dan 120 hektar dan keseluruhan Taman Warisan Tasek Merimbun ialah 11,434.6246 hektar.

Tasek Merimbun diisytiharkan sebagai salah satu Taman Kebangsaan Warisan ASEAN pada 29hb November 1984.


Berkumpul sebelum berangkat

Mendengar sedikit penerangan dari Cikgu Adyzam

Membaca Doa Selamat untuk memohon keselamatan sepanjang perjalanan

Perkara yang di larang ketika di sini

Melawat balai pameran


Terdapat banyak species binatang dan serangga yang telah di awet di sini

Berlatar belakangkan Tasik Merimbun




info dan waktu melawat
Menuju ketempat 'Jungle Tracking'

'Jungle Tracking'



'jungle tracking' di ketuai oleh pemandu arah yang telah di sediakan (p/s: momohon dulu baru dpt hehehe)



Selepas 'Jungle Tracking'


menaiki jambatan untuk menuju ke Pulau Jelundong

Naik jambatan mesti bali tiket harganya $1









Amaran Buaya





d






Di sini terdapat juga kedai runcit


Aktiviti lawatan dan riadah di Taman Warisan Tasek Merimbun berakhir kira-kira jam 4 Petang. Untuk makluman pelawat blog ini yang berkeinginan melawat ke balai pameran atau ke Taman ini boleh lah membuat sebarang pertanyaan di talian 673-4269179/4269185/4269186.

0 comments:

Post a Comment

SEKOLAH UGAMA DATO PEMANCHA SAGING UKONG TUTONG © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute
This template is brought to you by : allblogtools.com Blogger Templates