Visi


Misi


Tuesday, November 10, 2009

Treasure Hunt

Pada petang selasa, murid-murid Sekolah Ugama DPS Ukong berpeluang bermain satu permainan yang di namakan 'Treasure Hunt' atau pun dalam bahasa melayu mencari barang. Permainan ini adalah salah satu daripada aktiviti murid-murid selepas berakhirnya peperiksaan akhir tahun.

Murid-murid di bahagikan kepada 5 kumpulan dan setiap kumpulan di berikan 10 soalan. Setiap murid mestilah bersama memikirkan jawapan bagi setiap soalan, dan apabila mendapat jawapannya murid-murid hendaklah mencari barang-barang yang di maksudkan dan mengambil gambar barang-barang tersebut. Permainan ini bertujuan untuk menguji akal fikiran murid-murid dalam menjawab soalan kerana "Akal Yang Sihat Datang Dari Badan Yang Sihat".


Murid-murid mendengar penerangan permainan daripada Cikgu Adyzam dan Cikgu Alwi



Murid-murid memulakan "Treasure Hunt"










Memeriksa Jawapan dan Gambar-gambar yang di terima daripada murid-murid

Khusyuk nyeee...

0 comments:

Post a Comment

SEKOLAH UGAMA DATO PEMANCHA SAGING UKONG TUTONG © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute
This template is brought to you by : allblogtools.com Blogger Templates